Published: February 27, 2019
181
5.4k
5.8k

“Aku tak nak duit. Hanya darah boleh beli kebahagiaan aku.” Sebuah kisah tentang seorang lelaki. Yang bernama Rais Hanafi.

Image in tweet by ✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ

Rais Hanafi. Seorang lelaki biasa yang hidup secara biasa-biasa. Memakai cermin mata. Berambut panjang paras leher. Heavy smoker. Suka main alat musik, gitar. Cerita bermula pada tahun 2014, sejurus selepas perkahwinan Rais, pada usianya 25 tahun.

Isteri Rais, suri rumah. Waktu ni, Rais mencari pendapatan dan menyara kehidupan dia sekeluarga melalui busking. Biasanya, dia ber-busking di Bazaar Karat di JB. Selain ber-busking, Rais juga mengambil peluang menjadi guru musik di mana2 tempat yang menyediakan kelas musik.

Kadang-kadang, dia pergi ke merata tempat, merata bandar mencari rezeki melalui musik. Sebab hanya musik, yang dia mahir. Musik bagi Rais, adalah satu elemen penting baginya, sebagai penambah bahagia di dalam hidupnya.

Perform sana, perform sini. Nyanyi lagu tu, nyanyi lagu ni. Walaupun dah berpeluh ketiak dia mencari duit melalui musik, namun belum cukup untuk memberi keselesaan yang lebih kepada keluarganya. Hasil pendapatan melalui busking, tak mampu untuk menampung kehidupannya.

Bila dia fikir untuk jangka masa panjang, banyak lagi benda yang mendatang, yang akan memerlukan lebih banyak wang. Jadi, dia ambil kesempatan untuk mencuba benda baru.

“Kau nak try jadi badut?” tanya member Rais, Afnan. “Ish. Gila kau. Tak nak la aku.” “Kau kutuk career aku ea?” “Bukan macam tu Nan. Aku mana reti jadi badut, kau boleh la. Kau memang badut sejak sekolah lagi.” jawab Rais dengan kepulan asap rokok, keluar dari mulutnya.

“Haha amboi. Bak sini, aku tumbuk muka kau.” “Haha.” “Macam ni Rais. Senang je jadi badut. Kau pakai costume, kau buat orang gelak. Kau berjoget ke. Buat belon ke. Budak-budak confirm gelak kalau tengok badut. Easy money.” kata Afnan sambil menghirup air Tea O Ais.

“Aku tak kelakar Nan. Aku mana reti buat lawak.” “Takpe, kau try dulu. Aku bagi kau satu job.” “Ish tak yah la. Tak nak la aku.” “Bro, satu job, dapat at least RM 150 kau tau tak?”

Rais terus terdiam. Mungkin ini adalah satu peluang bagi dia. RM 150 satu kali job tu, dah kira cemerlang bagi dia. “Kau cerita sikit, macam mana jadi badut.” “Okay. Cerita dia macam ni.....”

Kemudian, Rais terus pulang ke rumahnya. Untuk berjumpa dengan isteri kesayangannya. “Nur. Abang rasa, abang nak try job baru la.” “Job apa abang?” tanya Nur sambil bersila melipat baju.

“Badut.” “Badut?” “Haah. Badut. Asal? Nur dengar apa?” “Haha. Tak la. Kenapa nak jadi Badut bang? Abang dah ok kan busking selama ni?” “Nur. Tak lama dah, anak first kita akan lahir. Kita kena ada duit emergency. Macam-macam lagi. Abang tak nak Nur dengan anak kita susah.”

“Abang dah fikir betul-betul ke ni?” “Nur tak suka abang jadi badut? Nur malu?” “Tak la. Abang kan plan nak jadi penyanyi la apa la. Tiba-tiba nak jadi badut.”

Rais berfikir sejenak, betul jugak kata isteri dia. Dia plan nak jadi penyanyi. Nak keluarkan lagu. Nak semua orang dengar lagu dia. Tapi, benda tu dah mustahil. Rais imbas kembali kata-kata Afnan petang tadi.

“Kau buat je pape pun, budak-budak akan gelak. Asalkan kau ceriakan majlis. Settle.” Rais terfikir satu idea. Apa kata kalau dia perform jadi badut, sambil menyanyi. Dia tak kelakar, tapi budak-budak suka musik. Dia boleh jadi badut yang pandai main alat musik dan menyanyi.

“Haah. Takpe. Kalau tak menjadi, abang busking balik la.” Kemudian Rais terus cium dahi isteri dia, dan bersiap untuk solat dan tidur. Pada keesokkan harinya, Rais berjumpa dengan Afnan di sebuah majlis, Sambutan Hari Lahir anak perempuan kepada seorang pengetua sekolah.

“Kau boleh tak ni Rais?” “Boleh-boleh” jawab Rais sambil menyarung costume badut. “Okay, kau ingat tak step nak buat helicopter guna belon?” “Ingat.” “Gajah?” “Ingat.” “Drone?” “Ingat. Kau tenang je Nan. Biar aku buat kerja.”

“Okay. Kau buat betul-betul Rais. Kalau kau perform, mesti ada yang tengok nanti, nak kau perform majlis dorang pulak.” “Ya ya. Aku tahu.” kata Rais sambil memperbetulkan hidung merahnya.

“Dah. Kau naik sekarang.” “Naik pentas ni kan?” “Haah. Ya. Ingat. Nama badut kau. Tapir. Tapir The Clown.” “Ok. Tapir The Clown.” . . . “Test..Test.. Okay.. Saya menjemput, penghibur majlis kita.. Tapir The Clown!”

Rais bergerak naik ke atas pentas. Dan membawa sebuah gitar. “Hoi Rais! Kau buat apa bawak gitar?” Rais menghiraukan Afnan. Dan terus menuju ke tengah-tengah pentas. “Hai. Nama abang Rais. Eh silap, Tapir. Tapir The Clown.” “Hahahaha!” budak-budak ketawa di bawah pentas.

“Hari ni abang akan mulakan dgn sebuah lagu. Semua suka dengar lagu?” “Sukaa!!” jawab dorang serentak. Rais pun menarik tiga belon panjang dan memulas tiga belon tu menjadi, seekor kucing. Dia lukis kepala kucing tu dengan Sharpie. Dan dia letak kucing belon tu di tepi kaki dia

“Okay. Ni kucing abang. Dia akan teman abang nyanyi hari ni. Nama dia, Girang. Say hi to Girang.” “Haiii Girang!” jawab dorang serentak sambil melambai tangan.” “Jap. Apa?” Rais berpura-pura bercakap dengan Girang.

“Oh okay. Guys, Girang request sebuah lagu. Korang nak dengar tak?” “Nakk!” “Okay. Nama lagu ni adalah, Morning Has Broken”

Kemudian, Rais memainkan lagu yang seterusnya, “Raindrops Keep Fallin’ On My Head.” It was, a very, cheerful and blessful day. Rais berasa gembira, kerana mampu menceriakan kanak-kanak dan ibubapa yang hadir dengan lagunya.

Dia alihkan pandangannya ke arah Afnan, sambil memetik gitar dan menyanyi. Afnan tersenyum seakan puas dengan persembahan Rais sebagai badut. Sejak dari hari tu, Rais menerima banyak job dari ibubapa dan guru-guru untuk melakukan persembahan di majlis mereka.

Isteri Rais, Nur, kemudiannya selamat bersalin pada tahun 2015. Anak lelaki. Dia namakan, Adi. Ahmad Adi Bin Rais. “Nur. Tengok ni. Abang dapat job RM 2,000.00 untuk sebuah event.” tegur Rais sambil mengilas kain pelikatnya.

“Betul ke bang? Banyak tu. Event apa ni?” jawab Nur teruja. Dia sedang menyusukan Adi di atas sofa. “Tak pasti. Event orang-orang kaya kot.” “Kat mana bang?” “Puteri Harbour”

Suasana di Puteri Harbour pada waktu malam. Ramai orang-orang berprofil tinggi yang hadir dalam event ni Rais berada di belakang pentas. Memegang gitar. Bersedia utk membuat persembahan Dalam kepalanya, hanyalah payment yang berjumlah RM 2,000.00. Duit utk menampung keluarganya

“Okay guys. We have more. Calm down. I’d like to introduce to you. Behold, Tapir The Clown!!” Rais naik ke pentas. Beratus-ratus penonton di bawah bersorak bertepuk tangan. “Mom, look. That’s the clown. The clown who can sing!” teriak seorang budak perempuan di bawah pentas.

Suasana menjadi senyap. “Boo!!” “Boooo!!!” “Make some jokes! What are you doing with that stupid guitar?!” “Sing you damn clown!” “Are you fucking kidding me?! I want some boobies. Not a stupid clown you damn ass moron!!” “You are in the wrong place you shithead clown!!”

Rais hanya mampu memandang ke arah penonton. Dia terpaksa memalsukan senyumannya dari telinga kiri ke telinga kanan. Hatinya hancur bagai dihiris pisau. Dia tak tahan rasa dihina. Menjadi ejekan. Dihamburkan dengan kata-kata kesat. Diludah dgn kenyataan yang sukar untuk ditelan.

Share this thread

Read on Twitter

View original thread

Navigate thread

1/31