Published: February 28, 2019
1
3
53

Nur digegaskan ke hospital. Kejadian ini memberi tamparan yang besar untuk Rais. Persoalannya, kenapa dia? Kenapa rumah dia? Siapa musuh dia? Dia takde musuh. Paling memedihkan baginya adalah, isterinya telah dirogol. Satu dendam telah tersimpan dlm diri Rais.

Keesokkan harinya, “Li. Aku ni. Rais.” “Ada apa call aku ni?” jawab Bazli. “Aku nak dengar job yang kau cakap tu.” “Yess. Onn.. Jap asal tiba-tiba?” “Aku nak pakai duit sikit.” “Okay. Jumpa aku kat, Stulang. Aku ada sini.”

Di sebuah restoran di Stulang, “Okay macam ni Rais. Aku ada boss. Nama dia, Pak Haron. Kerja dia senang je, Pak Haron bagi job, kau buat kasi settle.” “Job apa?” “Ni.” Bazli menghulur 2 keping kertas yang mengandungi butiran dan gambar seorang lelaki.

“Okay. So? Aku kena buat apa?” Bazli menghembus asap rokok 2, 3 das sebelum menjawab soalan Rais. “Kau kena bunuh mamat dalam gambar ni.” “Pergh. Sorry ar Li. Keje apa pun, aku okay. Tapi bukan bunuh orang Li.” “Satu malam settle. RM 5,000.00. Cash.” sampuk Bazli

“Kau giler ke Li? Kau buat keje ni ke selama ni?” “Dah tu kau ingat budak bodoh macam aku ni, boleh pakai macam gini punya style, guna duit dari mana??” “Aku tak boleh sorry Li.”

“Kau nak tanggung kos rawatan bini kau macam mana? Anak kau sape nak jaga?” “Takpe aku fikir sendiri. Aku gerak dulu.” “Kau betul la loser Rais. Kalau kau bijak sikit, bini kau dah tak kena rogol.”

Rais terus melontarkan satu tumbukan ke muka Bazli. Tapi Bazli sempat mengelak. Dan dia membalas tumbukan, tepat ke muka Rais. Rais membalas dengan satu flying kick hinggap ke leher Bazli. Bazli jatuh ke lantai. Rais ingin meneruskan serangan. Bazli keluarkan pistol.

Orang ramai berlari meninggalkan restoran selepas Bazli mengeluarkan pistol. “Aku tahu kau tengah marah. Tapi marah takkan selesaikan masalah kau.” “Kau ingat aku tak pernah dengar pasal kau? Asal? Tangan kau tak pernah berendam dalam darah ke sebelum ni??” sambung Bazli.

Rais kembali tenang. Dia sedar siapa diri dia sebelum ni. “Aku pernah dengar cerita. Ada budak jantan pailang 5 tahun dulu. Kau bagi dia pistol sebijik, takde peluru jatuh ke tanah. Aku tahu budak tu kau Rais.”

”Kau tanya semua ayahanda besar dalam JB ni, apa dorang pesan kat budak-budak dorang? “Kalau kau jumpa budak pailang tu, kau lari, jangan toleh belakang.” Sebab kau tak pernah missed target. Lepas tu kau jadi busker, lepas tu badut? Ko bodoh ke apa??”

Bazli ambil 2 helai kertas tadi dan dia hempas ke dada Rais. “Kau nak hidup senang, kau buat job ni.” Bazli tarik sebatang rokok, “Kau settle kerja kau, kau call aku. Aku bawak kau jumpa Pak Haron.” Kemudian Bazli gerak dan blah tinggalkan Rais sorang-sorang.

Bazli meninggalkan sepucuk pistol kepada Rais. Model Glock 17. Benarlah tanggapan dia dulu, dosanya tidak semudah itu untuk diampun. Apabila memikirkan keluarganya. Isterinya yang masih di hospital. Rais mengenggam kuat pistol di tangan. He’s ready for some serious shit.

Di Hospital Sultanah Aminah, “Nur. Abang minta maaf.” “Takpe. Benda dah jadi. Abang tak kerja ke?” “Abang batalkan semua show.” “Adi?” “Kat rumah mak.” . . . “Abang ada job baru.” “Job apa?” “Abang jual insurans.” Nur gembira setelah mendengar berita dari mulut Rais.

Rais sedang memandu sebuah kereta Proton Wira. Waktu, pukul 12:45 Pagi. Dia buka tingkap kereta. Sambil menghembus asap rokok. Matanya, memerhatikan kereta di depan. Toyota Vellfire. Di atas seat penumpang belah kiri, dia letakkan sepucuk Glock 17, lengkap dengan silencer.

Syed Razman. Terlibat dalam jenayah human trafficking. Berumur 45 tahun. Suspek dilihat berada di seat penumpang di dalam sebuah Toyota Vellfire Hitam. Selepas hampir 30 minit, Vellfire Hitam ni berhenti di sebuah rumah.

Syed Razman keluar dari kereta, diikuti oleh seorang lelaki, yg disyaki sebagai driver nya. Rais memandu secara perlahan-lahan. Dia menunggu peluang dan view yang sesuai. Tangan kanannya memegang steering. Tangan kirinya, memegang kemas Glock 17.

Rais cuba mengukur jarak kedudukannya dengan kedudukan suspek. Tak boleh terlalu dekat, tak boleh terlalu jauh. Rais memerhatikan setiap cctv yang berada dalam range kedudukannya. Dia jumpa spot yang sesuai.

Peluru yang digunakan oleh Rais adalah jenis 9MM Parabellum. Trajectory 9MM Parabellum adalah mengikut arah angin. Kelajuan angin, 3-5.5 km/h. Arah angin, north east. Jarak tepat Glock 17 adalah dalam range 200 M. Kedudukan Rais sejauh 130-150 M dengan kedudukan suspek.

Syed Razman berada di depan pintu pagar, engine keretanya masih hidup. Ini memberi advantage kepada Rais. Rais menekan pedal minyak. Dalam beberapa saat sebelum dia sampai ke “sweet spot”, Rais mengangkat dan mengacu pistol ke arah Syed Razman dan driver nya. 3.. 2.. 1..

“BAMMM!!!” “BAMMM!!!” Dua tembakan dilepaskan. Tembakan pertama untuk Syed Razman, dan tembakan kedua untuk driver Syed Razman. Driver Syed Razman tak bersalah dalam hal ni. Tapi, Rais tak boleh meninggalkan sebarang tahi selepas buat kerja.

Kringg kringg! “Hah Rais. Macam mana?” “Settle.” “Tu yang aku nak dengar. Bagi kerja tadi. Malam terus settle. Kau kat mana ni?” “Aku balik rumah.” “Okay. Esok jumpa aku tempat biasa. Pak Haron nak jumpa kau.”

Sesampainya Rais di rumah, Dia park kereta, masuk dalam rumah, buka tv. Dia duduk atas sofa depan tv, di tengah-tengah ada meje kecik. Dia keluarkan pistolnya, keluarkan magazine. Tarik slide dan pastikan tiada peluru tertinggal dalam pistol.

Dia keluarkan barrel dan spring. Dia ambil minyak, dia cucikan senjatanya. 5 tahun lalu, setiap kali habis job, inilah rutinnya sebagai pembunuh upahan. Setelah selesai, dia keluarkan sebatang rokok, dan dia hisap. Habis sebatang, hisap lagi sebatang. Sampai dia tertidur.

Keesokkan paginya, “Sampai pun kau. Lama aku tunggu.” “Jalan jem tadi.” Rais mengintai ke arah pelayan kedai, “Dik, Tea O Ais satu!” “Eh takyah order ar. Kau ikut aku. Kita pergi rumah Pak Haron.”

Sesampainya Rais dan Bazli di rumah Pak Haron, “Li, aku kenal budak-budak Pak Haron kat luar rumah ni.” “Haha. Dorang kenal kau, lebih dari kau kenal dorang.” “Huh?” “Abang dorang, pakcik dorang, berapa orang yang kau pernah rembat dulu. Kau lupa?”

Rais berjalan masuk dengan Bazli ke rumah Pak Haron. Rais merasakan umpama ada berpuluh-puluh mata memandangnya. Rais menggenggam kemas pistolnya, sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya dia diserang.

“Assalamualaikum Pak Haron.” “Waalaikummussalam.” Sapa Bazli. Dan dia terus mencium tangan Pak Haron. Rais juga melakukan perkara yang sama. “Dah makan?” tanya Pak Haron. “Dah Pak Haron.” jawab Bazli. “Rais?” tanya Pak Haron lagi. “Dia pun dah Pak Haron.” sampuk Bazli.

“Aku bukan tanya kau. Aku tanya si Rais ni.” “Belum Pak Haron.” jawab Rais. “Bagus. Mari makan dulu. Bazli, makan sekali.” Kemudian, dorang menyantap makanan di meja makan rumah Pak Haron, Selepas selesai makan, Pak Haron keluarkan rokok sebatang.

“Nah. Hisap.” Pak Haron menghulurkan sebatang rokok kepada Rais. “Eh takpe la Pak Haron.” “Rais! Ambil je la” tegur Bazli. Rais menyambut rokok di tangan Pak Haron. Dorang berdua menyalakan rokok. Dan menghembuskan asap rokok.

“Aku dulu, siap je kerja, rokok mesti ada. Macam sekarang. Lepas makan, mesti kena ada rokok. Tak boleh, tak boleh takde rokok.” Pak Haron memulakan perbualan “Duit, perempuan, rokok. 3 benda ni penting dalam hidup orang lelaki. Takde salah satu, tak senang hati.” sambungnya.

“Ni duit kau.” Rais menyambut satu sampul surat dari Bazli, yang dipenuhi dengan duit. “Macam mana? Susah tak bunuh orang sekarang? Haha.” tanya Pak Haron kepada Rais. Bazli turut ketawa. “Biasa je Pak Haron.” “Ni aku ada kerja susah sikit untuk kau.” sambung Pak Haron.

“Nama dia ni, David Khoo. Umur 50 tahun.” Pak Haron menyerahkan satu file kepada Rais. “David ni buat apa Pak Haron?” tanya Bazli. “Seludup senjata.”

“Oh cina ni. Saya kenal Pak Haron. 5 orang bodyguard follow kiri kanan. Cina kaya Terbrau ni. Budak-budak dia semua pailang macam kau Rais.” sampuk Bazli. “Banyak dah budak kita arwah sebab cina ni. Rais, kau boleh buat tak?” tanya Pak Haron. “Berapa Pak Haron nak bagi saya?”

“RM 20,000.00” jawab Pak Haron “Rais. Kalau kau kantoi, jangan sebut apa-apa pasal keluarga kita. Kalau kau tak tahan kena torture, kau gigit lidah, bunuh diri.” sambung Bazli “Saya ambil job ni.” sahut Rais “3 hari. Settle cepat-cepat. Balik peluk bini.” kata Pak Haron

Rais kemudiannya, bergerak ke Hospital Sultanah Aminah. Melawat isterinya, Nur. Kemudian, dia menjenguk anaknya, Adi di rumah maknya. “Adi duduk dengan tok mak sekejap ea. Ayah ada kerja sikit. Nanti ayah bawakan mainan untuk Adi.”

“Rais, jaga diri tu. Serabut dah mak tengok muka kau.” “Orang okay mak. Orang ada kerja sikit. Nanti orang datang lagi. Ni duit sikit untuk mak.” Rais menghulurkan wang sebanyak RM 500.00 kepada maknya. Selepas mencium tangan maknya, Rais bergegas ke keretanya.

Rais menghabiskan dua hari untuk mengumpul detail pergerakan David Khoo. David, lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Betul kata Bazli. Susah nak approach David. Peluang yang terbaik adalah apabila David keluar dari rumah. Tapi Rais kena berdepan dengan budak-budak David.

Pada hari ketiga, waktu malam. Rais berada dalam jarak 300 M dari rumah David Khoo. Rais cuba mencari peluang untuk menyelinap masuk ke dalam rumah David Khoo. Dengan menggunakan sebiji Raydawn, ada 3 orang lelaki di ground floor. Guard sorang di pagar rumah.

Pembunuh upahan biasa, takkan cuba membunuh suspek di rumah suspek. Kerana ianya, heavily guarded. Tapi Rais bukan pembunuh upahan biasa. Rumah David akan terpencil. Pada malam ketiga, budak-budak David tak ramai kat rumah David. Jadi, ini adalah peluang yang baik untuk Rais.

Rais menyelit Glock 17 di tubuhnya. Dan sebilah kerambit di pinggangnya. Menyarung kain hitam di kepala. First step, dia menyelusup ke pintu guard. Tanpa bunyi, tanpa bernafas.

“Knock! Knock!” “Ye boss?” tanya guard berbangsa bangladesh. “ZAPP!! ZAPPP!!” Rais mengelar tengkuk guard dengan kerambit. Dan menahan darah dari terkena baju guard menggunakan kain.

Kemudian Rais menyalin pakaian guard. Dan menyelusup masuk ke perkarangan rumah David. Ada 3 orang lelaki di ground floor. Di luar rumah. Rais kena menunggu masa yang sesuai. Untuk pisahkan dorang bertiga. Dia namakan 3 orang tu sebagai, A, B dan C.

A guna M1911 Colt. B Dan C guna Glock 43. Semua pistol takde silencer. Ini bermakna, Rais kena execute job ni tanpa salah sorang dari dorang, membuat tembakan. Kalau tak, situasi akan jadi kecoh, dan dia mungkin akan tewas. A bergerak ke tepi porch kereta dan menyalakan rokok.

Kawasan agak gelap. Rais memerhatikan B dan C. Kedua-dua mereka berada dalam jarak yang agak jauh. Rais merapatkan diri ke arah A. “You jaga sini buat apa? You jaga sana laa.” kata A. Muka rais samar-samar di dalam gelap.

Rais mengeluarkan Glock 17 lengkap dengan silencer. A terkejut dan terus menarik keluar M1911 miliknya, tapi Rais bertindak pantas. “PTEW!! PTEW!!” Rais menembak ke dada A sambil menekup mulut A.

Ada dua orang lagi. Rais membuka kasutnya. Dan berlari selaju mungkin. B bergerak seorang diri di depan pintu rumah. Rais berlari dari arah belakang B. Dalam jarak 3 Meter, B mulai perasan bunyi tapak kaki Rais. Dia berpaling ke belakang.

Rais merebahkan badan dan menyelar peha, perut dan tengkuk B. “ZAPP! ZAPPP!! ZAPPP!!!” Dan terus menekup mulut B. Sampai B berhenti menggelupur. Sekarang cuma tinggal C. C berada dalam rumah David Khoo.

Rais membuka pintu rumah, tanpa berlengah. “PTEW!! PTEW!!” Dua das tembakan menggunakan silencer tepat ke dada C. Bunyi teriakan C kedengaran sampai ke aras dua rumah David. David berada di aras dua. Rais berjalan naik tangga.

“You siapa??!” tanya David Khoo. “Mom! Look! That’s the clown. The clown who can sing!” kata seorang budak perempuan yang dipeluk rapat oleh maknya. “No honey. He’s not!” “Yes mom. The clown in Puteri Harbour? His name is Tapir The Clown. He can sing and do magic!”

Rais hampir menitiskan air mata. Tangan kanannya masih lagi mengacukan pistol ke arah David Khoo. “You bunuh saya saja. Jangan wife dengan anak saya.” rayu David Khoo

Life’s hardest choices are the ones that force you to question your own moral code. This, would be painful to live with. Rais terus mengalihkan halaan pistolnya ke arah budak perempuan, anak David Khoo. “PTEW!!!” “NO!!!!!! YOU BASTARD!!!” jerit David Khoo.

“PTEW!!!” Tembakan kali ni, tepat ke dada isteri David Khoo. David Khoo tergamam. Dia hilang kesemuanya pada hanya satu malam. Rais sangat memahami apa yang dirasakan oleh David Khoo. Dia bergerak menghampiri David Khoo, yang tengah melutut kekesalan.

“ZAPPP!!! ZAPPP!!!” Darah berlumuran di leher David Khoo Rais membersihkan kerambitnya dengan kain. Dan menyelitkannya di pinggang Dia berjalan menuruni tangga. Dan seterusnya berjalan keluar dari perkarangan rumah David Dan memasuki kereta. Dia nyalakan rokok. Dan dia pulang

Kring!! Kring!! “Rais, macam mana?” “Dah. Settle.” “Kau memang pailang la Rais. Hahaha.” “Esok jumpa rumah Pak Haron.” sambung Bazli. “Okay.” Rais mematikan handphone. Dia bergerak pulang ke rumah.

Sejak dari kes pembunuhan David Khoo, Rais mula melalui satu fasa kehidupan yang baru. Namanya disebut-sebut. Budak pailang yang telah lama “mati”, yang pernah merembat ramai orang, kini hidup kembali.

Selepas keadaan Nur semakin pulih, Rais sekeluarga hidup bersama kembali. Kali ini, hidup Rais semakin stabil. Penuh dengan kesenangan. Kesenangan yang disangka oleh Nur, berpunca dari hasil pendapatan Rais sebagai ejen insurans.

Hampir satu tahun Rais bergelumang, berendam di dalam darah. “Nur, abang kena outstation 7 hari.” “Kat mana bang?” tanya Nur sambil menyediakan sarapan kepada Rais. “Kelantan.” “Jauhnya bang. “ “Abang jumpa client kat sana.”

Dalam perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan. “Aku dengar budak-budak Kelantan ni, boleh tahan pailang.” Bazli memulakan perbualan. “Ah tak yah takut la. Dorang sembang je. Bukan aku tak pernah pukul budak Kelantan.” sambung Rais.

Perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan memakan masa selama 10 jam. Setibanya Bazli dan Rais ke destinasi, “Nama orang tua ni, Ayah Ibrahim. Paling otai la kiranya kat Pasir Mas ni.” kata Bazli.

“Pak Haron suruh bunuh orang tua ni kenapa?” tanya Rais. “Orang siam upah Pak Haron.” “Dah tu kita buat apa kat sini?” “Kita lepak kedai orang tua tu. Dapat peluang, kita kelar la leher ke tembak ke.” Rais dan Bazli keluar dari kereta dan menuju ke kedai kopi Ayah Ibrahim.

Di kedai kopi Ayah Ibrahim, “Ho mari-mari. Duduk dulu. Mari dari jauh ko?” tanya Ayah Ibrahim kepada Rais dan Bazli. “Dari Pahang pakcik. Jumpa sedara sini.” balas Bazli. “Ohh, lamo ko duk sini pahni?” tanya Ayah Ibrahim sambil mengelap meja “3, 4 hari jugak la.” balas Bazli.

“Doh nok odar gapo ni?” “Tea O Ais satu.. Kau nak apa Rais? Milo Ais okay? Okay, Milo Ais satu lagi pakcik.” balas Bazli Ayah Ibrahim mencatat order dan menyerahkan kepada pekerjanya. Kemudian, dia tumpang duduk di depan Rais dan Bazli.

“Namo pok cik ni, Ibrahim. Ore panggil Bohim jah. Lamo doh duduk Pasir Mas ni. Ore mudo dale kampung ni panggil pok cik, Ayoh Him” Bazli cuba membuka mulut, “Oh, nama kitorang..” “Hok ni Bazli? Pah hok ni Rais kea?” tanya Ayah Ibrahim sambil menghala jari telunjuknya.

Ayah Ibrahim memberikan satu isyarat mata ke arah belakang Rais dan Bazli. Rais dan Bazli dengan sepantas kilat cuba mengeluarkan pistol di pinggang, “PAPP!!” 4 orang lelaki mengunci tangan dan menghempap muka Rais dan Bazli ke atas meja.

“Mung ingat aku tok kenal mung duo ore?? Cerito mu JB pah ko sini mari!! Mung nok bunuh aku??!! Mung tunggu 100 tahun dulu sekalipun belum tentu mung buleh kerat tekok aku!!” “Baso budok beruk!! Bowok masuk dale!” sambung Ayah Ibrahim, memberi arahan kepada anak buahnya.

Rais dan Bazli dihantar ke dalam sebuah gudang. Manakala di rumah Rais di JB, anaknya, Adi sedang bertarung nyawa kerana demam panas. “Mak. Nur ni. Nur call abang Rais tak dapat. Adi demam panas.” “Ya Allah, kejap mak suruh Radhi ambilkan Nur dan Adi kat rumah.”

Share this thread

Read on Twitter

View original thread

Navigate thread

1/66