The Redemption of an Illusionist “This is the beginning, of a crazy dance called, life” - Dan Rauf
Ini sebuah kisah tentang seorang lelaki yang bernama, Shahidan Bin Rauf. Atau lebih dikenali sebagai, Dan. Dan Rauf Cerita ini bermula pada tahun 2012. Pada usia Dan, 21 tahun.
Pada tahun 2012, Dan Rauf melalui kehidupan sebagai seorang Second Year Student di sebuah universiti di selatan tanah air. Universiti Teknologi Malaysia. Dalam jurusan mechanical engineering.
Dan adalah salah seorang anak yatim piatu yang pernah tinggal di Rumah Anak Yatim Jaafar, Johor Bharu. Abdul Jaafar, adalah pengetua dan pemilik Rumah Anak Yatim Jaafar. Beliau adalah orang yang paling rapat dengan Dan.
Di sebuah pondok dalam perkarangan Rumah Anak Yatim Jaafar, “Tok Pa sihat?” tanya Dan sambil menggerakkan Queen ke petak F6. “Sihat. Dan?” balas Abdul Jaafar sejurus menggerakkan Knight ke petak C3. “Sihat. Lama tak datang jenguk adik-adik kat rumah ni.”
Selepas hampir 30 minit permainan catur, “Checkmate!” jerit Abdul Jaafar. “Hahaha!” dia sambung gelak. “Damn!” bisik Dan dalam hati. “Ingat Dan, dalam apa benda sekalipun, kita kena sentiasa berada 4 langkah ke depan dari orang lain.” kata Abdul Jaafar.
“Jangan bagi orang baca pergerakan kita. Jangan tunjuk reaksi kat muka kita. Kena sentiasa tenang. Analisis pergerakan lawan. Cari peluang yang sesuai, kemudian bunuh!” kata Abdul Jaafar sambil menjentik pieces King milik Dan. Dia mengeluarkan sebatang rokok, dan dia hisap.
“Nah rokok.” Abdul Jaafar menghulur sebatang rokok kepada Dan. “Eh, Dan tak hisap rokok Tok Pa.” “Jangan nak bohong. Jari bau rokok. Dari tadi gigit kuku. Selang 3 minit mata Dan jeling kotak rokok Tok Pa. Nak tipu orang lain boleh, tapi bukan Tok Pa.”
It was a very calm, quiet, and peaceful day. Tepat pukul 6:30 PM, Dan meminta diri untuk pulang ke UTM. “Dan, ingat, belajar rajin-rajin. Kalau ada masalah, jumpa Tok Pa. Jangan settle sorang-sorang.” “Baik Tok Pa.”
Kolej Kediaman Ke-10, Universiti Teknologi Malaysia, Selepas parking motor, Dan terus naik ke bilik “Dan, makan jom.” tegur member Dan, Shafiq. “Aku dah makan dengan Tok Pa tadi.” “Oh beres. Aku gerak dulu. Esok kita kena daftar kelab. Dah deal kan? Kelab sama.” “Haah. Deal”
Dan masuk ke dlm biliknya. Bilik single. Dia merebahkan badan ke katil. Dia capai sekeping gambar di atas meja study Gambar sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki yang berusia 10 tahun Gambar ibu bapanya. Sebuah tragedi yang masih menghantui Dan Rauf. Sampai sekarang
11 tahun yang lalu, . . . “Awak tak faham. Saya penat balik dari office! Ingatkan balik rumah boleh rehat! Tapi tak! Dengar awak je membebel!!” “Macam mana saya tak membebel??!! Pukul berapa awak balik??? Sekarang pukul berapa???” “Saya balik dari kerja!! Bukan tempat lain!!”
“Awak tak payah nak tipu saya! Saya call Lukman, dia cakap awak dah balik! Setiap hari! Setiap hari!! Saya dah penat tau tak!!” Rauf berjalan ke arah Shahidan. “Dan! Dah pergi tidur!!” jerit Rauf kepada Shahidan. “Tak payah dekat dengan anak. Mulut awak tu bau arak!”
Shahidan berada dalam ketakutan. Tangannya menggigil. “Awak tak puas hati apa lagi dengan saya???!” jerit Rauf. “Dan! Ayah cakap pergi tidur kan??!” jerit Rauf kepada Shahidan sambil menolak kepala Shahidan. “Ya! Saya tak puas hati!! Saya menyesal kahwin dengan awak!!”
Muka Rauf kemerahan. Dia dalam kemarahan. “Kalau tahu macam ni, baik saya tak payah balik rumah!!” Rauf keluar dari rumah dan menutup pintu dengan sekuat hati. “BAAMM!” Saleha, ibu Shahidan melempar pinggan ke arah pintu. Serpihan kaca terkena badan Shahidan.
“Dan!! Pergi tidur!! Simpan buku sekarang!! Pergi tidur!” jerit Saleha kepada Shahidan. Shahidan menggelengkan kepala dalam ketakutan. Matanya berair. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke dada. Badannya mengengsot ke belakang. “Kau pun nak melawan cakap ibu??!!”
Kemudian, Shahidan dipukul, ditampar, diterajang oleh ibunya, Saleha. Shahidan menangis meminta pertolongan. Tapi dia tahu, tiada siapa yang akan menolongnya. Ibu bapanya sendiri, menderanya. “Ibuu, tak nak.. Sakitt!! Tak nakk!! Sakit buu!!”
Present day, April 2012. “Tsk!” keluh Shahidan. Sambil memegang luka lamanya. Badannya penuh dengan parut dan luka lama. Setiap parut dan luka yang menyimpan ceritanya sendiri. Dia meletakkan semula gambar ke atas meja study. Dia tarik tuala, dan mandi.
Keesokkannya, “Aku rasa, aku nak join kelab teater.” kata Shahidan kepada Shafiq. “Asal? Boring kot kelab entah pape.” balas Shafiq. “Kau tau tak, kelab teater adalah kelab yang paling tak aktif dalam universiti ni.” tanya Shahidan. “So?” “Maknanya kita boleh ponteng.”
“Nice haha. Bijak jugak kau Dan. Betul-betul.” “Kan? Kau bayangkan, setiap hari rabu, semua orang join kelab setiap minggu, tapi kita, duduk dalam bilik. Sambil hisap rokok. Kau tak rasa tu genius ke?” “Okay, jom. Pukul 2 petang ada pendaftaran. Lepas daftar kita blah.”
Di sebuah Hall, Kolej Tun Fatimah, UTM. “Nama saya, Haji Ismail. Boleh panggil saya, Haji. Sebelum ni, kelab teater ni kurang aktif. Tapi tahun ni, saya akan mengaktifkan balik kelab ni.” . . “Ambik kau!” jerit Shafiq di tepi telinga Shahidan.
Shahidan hanya mendiamkan diri. Menyesal dengan pilihannya “Yang duduk berdua kat belakang tu. Boleh berdiri. Sila perkenalkan diri.” laung Haji Ismail “Haji suruh kau bangun.” kata Shahidan kepada Shafiq. “Mana ada. Kau la.” balas Shafiq. “Yang hensem tu. bangun.” laung Haji
“Kalau yang hensem, aku la.” Shahidan terus berdiri. Dia memerhatikan di sekeliling ruangan dalam hall. Banyak mata yang memandangnya. Mata-mata perempuan. Ternyata, hanya beberapa kerat je lelaki yang join kelab “lame” ni. “Bagitahu nama, course, dan impian.” kata Haji Ismail
“Nama saya, Shahidan Bin Rauf. Course mechanical engineering. Impian saya..” Shahidan membayangkan segala impiannya waktu kecil. Impiannya, dia ingin lari dari ibu bapanya. Dia tak tahan kena dera. Dia nak hidup bebas.
“Impian saya.. Saya nak jadi orang yang paling bebas dalam dunia ni. Saya nak jadi orang yang pertama dalam segala hal. Macam.. Orang pertama yang tahu bumi itu sfera. Orang pertama yang tahu, kalau biru dicampur kuning, jadi hijau. Orang pertama yang tahu, F equals to MA.”
Kata-kata Shahidan umpama menusuk ke hati Haji Ismail. Matanya tertumpu ke arah mata Haji Ismail. Haji Ismail, seolah-olah, terpukau dan terpaku dengan kata-kata Shahidan. Suasana menjadi sunyi buat beberapa detik.
Haji Ismail berada dalam keadaan sedar. Namun tidak mampu menggerakkan badannya. Haji Ismail cuba menggerakkan jarinya, dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim. . . “Allahuakbar.” bisik Haji Ismail perlahan selepas berjaya menggerakkan jari dan badannya.
Dia memandang ke arah Shahidan. Dengan satu pandangan yang mencurigakan. “Baik, seterusnya.” kata Haji Ismail. Shahidan duduk di atas kerusi. Shafiq bangun dan memperkenalkan dirinya.
6:00 PM, April 2012. Shahidan dan Shafiq dalam perjalanan ke Cafe’ Pak Lah. “Takde la teruk sangat kelab tu.” kata Shafiq. “Haah. Sebab..” “Ada ramai awek-awek lawa. Haha.” celah Shafiq. “Hahaha.” Shahidan turut ketawa.
Seminggu kemudian, Di hall yang sama, Kolej Tun Fatimah. “Kehidupan kita di dunia, umpama satu pementasan yang besar. Kita adalah watak utama dalam cerita kita. Saya nak kamu semua datang ke depan, dan ceritakan tentang perjalanan hidup kamu dlm masa 3 minit.” kata Haji Ismail
Setiap ahli kelab, bercerita tentang kisah kehidupan masing-masing. Bagi Shahidan, kisah-kisah mereka umpama satu cerita dongeng yang indah jika dibandingkan dengannya. Mungkin hanya dirinya, melalui kisah hitam yang berdarah. Tiada kisah manis yang ingin dikongsikan.

