The Redemption of an Illusionist “This is the beginning, of a crazy dance called, life” - Dan Rauf
Ini sebuah kisah tentang seorang lelaki yang bernama, Shahidan Bin Rauf. Atau lebih dikenali sebagai, Dan. Dan Rauf Cerita ini bermula pada tahun 2012. Pada usia Dan, 21 tahun.
Pada tahun 2012, Dan Rauf melalui kehidupan sebagai seorang Second Year Student di sebuah universiti di selatan tanah air. Universiti Teknologi Malaysia. Dalam jurusan mechanical engineering.
Dan adalah salah seorang anak yatim piatu yang pernah tinggal di Rumah Anak Yatim Jaafar, Johor Bharu. Abdul Jaafar, adalah pengetua dan pemilik Rumah Anak Yatim Jaafar. Beliau adalah orang yang paling rapat dengan Dan.
Di sebuah pondok dalam perkarangan Rumah Anak Yatim Jaafar, “Tok Pa sihat?” tanya Dan sambil menggerakkan Queen ke petak F6. “Sihat. Dan?” balas Abdul Jaafar sejurus menggerakkan Knight ke petak C3. “Sihat. Lama tak datang jenguk adik-adik kat rumah ni.”
Selepas hampir 30 minit permainan catur, “Checkmate!” jerit Abdul Jaafar. “Hahaha!” dia sambung gelak. “Damn!” bisik Dan dalam hati. “Ingat Dan, dalam apa benda sekalipun, kita kena sentiasa berada 4 langkah ke depan dari orang lain.” kata Abdul Jaafar.
“Jangan bagi orang baca pergerakan kita. Jangan tunjuk reaksi kat muka kita. Kena sentiasa tenang. Analisis pergerakan lawan. Cari peluang yang sesuai, kemudian bunuh!” kata Abdul Jaafar sambil menjentik pieces King milik Dan. Dia mengeluarkan sebatang rokok, dan dia hisap.
“Nah rokok.” Abdul Jaafar menghulur sebatang rokok kepada Dan. “Eh, Dan tak hisap rokok Tok Pa.” “Jangan nak bohong. Jari bau rokok. Dari tadi gigit kuku. Selang 3 minit mata Dan jeling kotak rokok Tok Pa. Nak tipu orang lain boleh, tapi bukan Tok Pa.”
It was a very calm, quiet, and peaceful day. Tepat pukul 6:30 PM, Dan meminta diri untuk pulang ke UTM. “Dan, ingat, belajar rajin-rajin. Kalau ada masalah, jumpa Tok Pa. Jangan settle sorang-sorang.” “Baik Tok Pa.”
Kolej Kediaman Ke-10, Universiti Teknologi Malaysia, Selepas parking motor, Dan terus naik ke bilik “Dan, makan jom.” tegur member Dan, Shafiq. “Aku dah makan dengan Tok Pa tadi.” “Oh beres. Aku gerak dulu. Esok kita kena daftar kelab. Dah deal kan? Kelab sama.” “Haah. Deal”
Dan masuk ke dlm biliknya. Bilik single. Dia merebahkan badan ke katil. Dia capai sekeping gambar di atas meja study Gambar sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki yang berusia 10 tahun Gambar ibu bapanya. Sebuah tragedi yang masih menghantui Dan Rauf. Sampai sekarang
11 tahun yang lalu, . . . “Awak tak faham. Saya penat balik dari office! Ingatkan balik rumah boleh rehat! Tapi tak! Dengar awak je membebel!!” “Macam mana saya tak membebel??!! Pukul berapa awak balik??? Sekarang pukul berapa???” “Saya balik dari kerja!! Bukan tempat lain!!”
“Awak tak payah nak tipu saya! Saya call Lukman, dia cakap awak dah balik! Setiap hari! Setiap hari!! Saya dah penat tau tak!!” Rauf berjalan ke arah Shahidan. “Dan! Dah pergi tidur!!” jerit Rauf kepada Shahidan. “Tak payah dekat dengan anak. Mulut awak tu bau arak!”
Shahidan berada dalam ketakutan. Tangannya menggigil. “Awak tak puas hati apa lagi dengan saya???!” jerit Rauf. “Dan! Ayah cakap pergi tidur kan??!” jerit Rauf kepada Shahidan sambil menolak kepala Shahidan. “Ya! Saya tak puas hati!! Saya menyesal kahwin dengan awak!!”
Muka Rauf kemerahan. Dia dalam kemarahan. “Kalau tahu macam ni, baik saya tak payah balik rumah!!” Rauf keluar dari rumah dan menutup pintu dengan sekuat hati. “BAAMM!” Saleha, ibu Shahidan melempar pinggan ke arah pintu. Serpihan kaca terkena badan Shahidan.
“Dan!! Pergi tidur!! Simpan buku sekarang!! Pergi tidur!” jerit Saleha kepada Shahidan. Shahidan menggelengkan kepala dalam ketakutan. Matanya berair. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke dada. Badannya mengengsot ke belakang. “Kau pun nak melawan cakap ibu??!!”
Kemudian, Shahidan dipukul, ditampar, diterajang oleh ibunya, Saleha. Shahidan menangis meminta pertolongan. Tapi dia tahu, tiada siapa yang akan menolongnya. Ibu bapanya sendiri, menderanya. “Ibuu, tak nak.. Sakitt!! Tak nakk!! Sakit buu!!”
Present day, April 2012. “Tsk!” keluh Shahidan. Sambil memegang luka lamanya. Badannya penuh dengan parut dan luka lama. Setiap parut dan luka yang menyimpan ceritanya sendiri. Dia meletakkan semula gambar ke atas meja study. Dia tarik tuala, dan mandi.
Keesokkannya, “Aku rasa, aku nak join kelab teater.” kata Shahidan kepada Shafiq. “Asal? Boring kot kelab entah pape.” balas Shafiq. “Kau tau tak, kelab teater adalah kelab yang paling tak aktif dalam universiti ni.” tanya Shahidan. “So?” “Maknanya kita boleh ponteng.”
“Nice haha. Bijak jugak kau Dan. Betul-betul.” “Kan? Kau bayangkan, setiap hari rabu, semua orang join kelab setiap minggu, tapi kita, duduk dalam bilik. Sambil hisap rokok. Kau tak rasa tu genius ke?” “Okay, jom. Pukul 2 petang ada pendaftaran. Lepas daftar kita blah.”
Di sebuah Hall, Kolej Tun Fatimah, UTM. “Nama saya, Haji Ismail. Boleh panggil saya, Haji. Sebelum ni, kelab teater ni kurang aktif. Tapi tahun ni, saya akan mengaktifkan balik kelab ni.” . . “Ambik kau!” jerit Shafiq di tepi telinga Shahidan.
Shahidan hanya mendiamkan diri. Menyesal dengan pilihannya “Yang duduk berdua kat belakang tu. Boleh berdiri. Sila perkenalkan diri.” laung Haji Ismail “Haji suruh kau bangun.” kata Shahidan kepada Shafiq. “Mana ada. Kau la.” balas Shafiq. “Yang hensem tu. bangun.” laung Haji
“Kalau yang hensem, aku la.” Shahidan terus berdiri. Dia memerhatikan di sekeliling ruangan dalam hall. Banyak mata yang memandangnya. Mata-mata perempuan. Ternyata, hanya beberapa kerat je lelaki yang join kelab “lame” ni. “Bagitahu nama, course, dan impian.” kata Haji Ismail
“Nama saya, Shahidan Bin Rauf. Course mechanical engineering. Impian saya..” Shahidan membayangkan segala impiannya waktu kecil. Impiannya, dia ingin lari dari ibu bapanya. Dia tak tahan kena dera. Dia nak hidup bebas.
“Impian saya.. Saya nak jadi orang yang paling bebas dalam dunia ni. Saya nak jadi orang yang pertama dalam segala hal. Macam.. Orang pertama yang tahu bumi itu sfera. Orang pertama yang tahu, kalau biru dicampur kuning, jadi hijau. Orang pertama yang tahu, F equals to MA.”
Kata-kata Shahidan umpama menusuk ke hati Haji Ismail. Matanya tertumpu ke arah mata Haji Ismail. Haji Ismail, seolah-olah, terpukau dan terpaku dengan kata-kata Shahidan. Suasana menjadi sunyi buat beberapa detik.
Haji Ismail berada dalam keadaan sedar. Namun tidak mampu menggerakkan badannya. Haji Ismail cuba menggerakkan jarinya, dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim. . . “Allahuakbar.” bisik Haji Ismail perlahan selepas berjaya menggerakkan jari dan badannya.
Dia memandang ke arah Shahidan. Dengan satu pandangan yang mencurigakan. “Baik, seterusnya.” kata Haji Ismail. Shahidan duduk di atas kerusi. Shafiq bangun dan memperkenalkan dirinya.
6:00 PM, April 2012. Shahidan dan Shafiq dalam perjalanan ke Cafe’ Pak Lah. “Takde la teruk sangat kelab tu.” kata Shafiq. “Haah. Sebab..” “Ada ramai awek-awek lawa. Haha.” celah Shafiq. “Hahaha.” Shahidan turut ketawa.
Seminggu kemudian, Di hall yang sama, Kolej Tun Fatimah. “Kehidupan kita di dunia, umpama satu pementasan yang besar. Kita adalah watak utama dalam cerita kita. Saya nak kamu semua datang ke depan, dan ceritakan tentang perjalanan hidup kamu dlm masa 3 minit.” kata Haji Ismail
Setiap ahli kelab, bercerita tentang kisah kehidupan masing-masing. Bagi Shahidan, kisah-kisah mereka umpama satu cerita dongeng yang indah jika dibandingkan dengannya. Mungkin hanya dirinya, melalui kisah hitam yang berdarah. Tiada kisah manis yang ingin dikongsikan.
“Shahidan. Giliran awak.” arah Haji Ismail kepada Shahidan. “Okay.” Shahidan bangun dan segera ke ruangan hadapan Shahidan mengeluarkan sekeping duit syiling “Tiada yang menarik dalam hidup saya. Kadang-kadang, saya rasa masa berlalu agak pantas, kadang-kadang, agak perlahan.”
“Tapi saya percaya kepada keajaiban. Contohnya, Sekiranya masa bergerak terlalu pantas....” Shahidan melontarkan duit syiling ke udara dengan satu jentikan. “Saya akan cuba perlahankannya.”
Duit syiling yang dijentik Shahidan, jatuh secara perlahan-lahan. Umpama masa bergerak secara perlahan. Umpama duit syiling itu berada di dalam air. Umpama, duit syiling itu cuba menentang graviti. Semua ahli kelab di dalam hall termasuk Haji Ismail, diam seribu bahasa.
“Pakk!” Shahidan menyambut duit syiling yang dilontarnya tadi. Kemudian dia mengeluarkan sebatang pen. Dia pegang hujung pen ke hujung pen dengan jarinya. “Kadang-kadang, saya rasa, saya taknak berpijak di bumi yang nyata. Saya lebih memilih, untuk terapung di udara.”
Shahidan melepaskan jarinya di kedua-dua belah hujung pen. Pen yang dilepaskannya, terapung di udara. “Dan kadang-kadang, saya rasa, lebih bagus saya hilang dari dunia ni.” Shahidan merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya ke arah pen yang terapung. Dan pen itu, hilang.
Kemudian, Shahidan menerima tepukan dari semua ahli kelab. Shafiq masih terpinga-pinga. Dia langsung tak sangka, yang Shahidan pandai buat magik. Dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman, “Kau reti magik Dan? Eh ajar la aku!” “Ni bukan magik. Ni illusion.” “Sama la tu.”
“Mana sama.” “Mana kau belajar benda ni?” “Kat rumah anak yatim.” “Tok Pa?” “Bukan. Ada sorang ni, dia selalu datang rumah anak yatim. Nama dia Johan. Dia yang ajar aku.” “Dah tu kau ajar la aku sikit.” “Tak boleh.“
“Kedekut sial kau.” “Ah suka hati kau la. Bak rokok sebatang.” Shafiq mengeluarkan dua batang rokok dan disambut sebatang oleh Shahidan. “Kau pergi tak tengok teater minggu depan?” tanya Shafiq sambil menyalakan rokok. “Pergi. Istana budaya kan?” “Haah.”
“Kalau tak pergi, failed. Terpaksa pergi jugak.” kata Shafiq. “Apa tajuk teater tu?” tanya Shahidan. “Jap aku lupa.. Ada kaitan dengan cinta. Jap.. Teater Cinta. Adaptasi filem Cinta.”
Seminggu kemudian, Di dalam Istana Budaya. Ramai orang sedang menghayati, sebuah pementasan yang cukup cantik. Termasuk Shahidan. Shafiq di sebelahnya telah tidur. Sejenis manusia yang tak reti menghargai seni.
Ramai nama besar yang berlakon dalam teater ni. Shahidan terpukau dengan kecantikan Faradhiya dan Norish Karman. Sehingga dia langsung tak sedar, hampir 1 jam setengah matanya tak berkelip menghayati keindahan makhluk bernama perempuan.
Shahidan cuba melihat ke sekelilingnya. Rata-rata ahli kelab teater, sudah ramai yang tertidur. Shahidan cuba berpaling ke belakang, sama, ramai yang tertidur. Dia berpaling semula kehadapan. Tiba-tiba, Shahidan berpaling semula ke belakang. Jantungnya berdegup kencang.
Terasa seperti ada hembusan angin yang lalu di depan Shahidan. Seolah-olah ada siulan romantik sedang dimainkan di saat Shahidan melihat… Seorang wanita yang cukup khusyuk menghayati teater. Dalam ruang yang gelap, terasa terang dengan senyuman dibibirnya yang bermerah jambu.
Lirikan mata wanita itu yang redup. Barisan giginya yang tersusun cantik. Pipinya yang putih, seolah-olah dilempar tepung Kalau pemain watak di dalam teater sebentar tadi melihatnya, pasti dia akan berasa malu, kerana masih ada penonton yang kelihatan jauh lebih cantik darinya
Sekiranya digabungkan kecantikan kesemua bidadari-bidadari cantik di dalam mimpi-mimpi Shahidan sebelum ni, Pasti tidak akan setanding dengan kecantikan wanita di depannya sekarang.
Kalau Leonardo Da Vinci datang melukis sebuah potret teragung sekalipun, Pasti tidak akan pernah sama dengan kecantikan wanita di depannya. Ya, terlalu cantik rupa wanita ini, umpama ada lagu cinta tengah bermain-main di dalam kepala Shahidan. “Can’t Take My Eyes Off Of You.”
Selepas Shahidan memandang wanita misteri tu, terus dia tak fokus tengok teater. Selepas teater habis, ada sesi menjamu selera di dalam perkarangan Istana Budaya. Shahidan memerhatikan wanita misteri tu dari jauh.
“Shafiq, aku ada jumpa bidadari jatuh dari langit tadi?” “Mana?” “Okay kau pandang arah pukul 11:00. Jangan tengok lagi.” Shafiq terus memandang ke arah pukul 11:00 dengan bersemangat. “Ish! Kau tengok buat apa? Relaks. Nanti dia perasan.”
Sesudah menjamu selera, Shahidan memerhatikan wanita misterinya sedang menuju ke arah beranda bahagian kiri bangunan. Shahidan hanya memerhati gelagat wanita misterinya. Wanita misterinya mengeluarkan sebuah kamera.
“Okay Shafiq. Aku nak tegur dia. Kau pegang air aku.” “Kau buat betul-betul Dan.” Shahidan menunjukkan tanda “bagus” kepada Shafiq. Dan dia terus menuju ke arah wanita misterinya.
“Hai.” tegur Shahidan. “Oh hai.” jawab wanita misterinya dalam nada terkejut. “Cepat awak tukar baju.” “Huh?” “Awak yang berlakon atas pentas tadi kan?” Shahidan cuba membuat pick-up line. “Tak la. Saya satu kelab teater dengan awak.“
“Biar betul? Tak pernah nampak pun.”balas Shahidan. “Nama saya..” sambung Shahidan. “Shahidan kan?” “Oh awak tahu nama saya.” “That guy yang buat magik dalam kelas minggu lepas kan.” “Haah. Haha. Bukan magik. Illusion.” “Apa bezanya?”
“Magik meluas. Illusion lebih tertumpu dalam mengaburi mata musuh. Nama awak?” “Sarah. Sarah Safiyyah.” Nama yang cantik, sesuai dengan rupa paras yang cantik. Buat pertama kalinya, Shahidan berpeluh, hanya kerana bercakap dengan seorang wanita.
“Ada meja kosong kat depan. Sini panas. Awak nak air?” tanya Shahidan. “Boleh jugak.” “Okay awak duduk dulu. Saya ambilkan air.” Shahidan mengambil dua gelas air dan dibawa ke meja kosong, tempat Sarah duduk.
Shahidan dan Sarah, meluangkan masa hampir 30 minit. Bertukar-tukar number phone. Bercerita tentang latar belakang keluarga. Namun, penderaan yang diterima oleh Shahidan waktu kecil, dirahsiakan dari Sarah. Apa yang hanya Sarah tahu, Shahidan adalah anak yatim piatu.
Kematian kedua-dua ibubapa Shahidan, masih lagi misteri. Sekali lagi ditekankan, kematian ibubapa Shahidan, adalah satu kematian dan tragedi yang masih misteri, sampai sekarang. Tragedi yang takkan pernah Shahidan lupakan. Dan tidak akan pernah dibicarakan lagi.
“So, magik apa lagi yang awak boleh buat?” tanya Sarah. . . . “Okay, tengok ni.” Shahidan menggenggam segelas air sirap limau ais di depannya. Secara perlahan-lahan, ais di dalam gelas, melebur. Dan tiba-tiba, kepulan asap keluar dari bibir gelas.
Shahidan menghala gelas kepada Sarah. “Nah, awak pegang.” Sarah menyambut gelas yang diberikan oleh Shahidan. “SPLASHH!” Gelas yang dipegang Sarah, jatuh ke lantai. “Panasnya! How you do it?” tanya Sarah sambil tergelak memegang tapak tangannya.
“Magic. Now this is magic.” kata Shahidan sambil mengutip gelas yang jatuh. Kemudian, Shahidan meletakkan gelas di atas meja. “Nak tengok lagi?” “Nak.” jawab Sarah.
Shahidan mengambil dua helai tisu. Dia gumpal menjadi bentuk bulat. Kemudian dia sembunyikan di belakang tapak tangannya. Secara perlahan-lahan, Shahidan mengeluarkan tisu yang digumpalnya, dan membentuk sekuntum bunga ros.
Sarah terpegun tersipu malu apabila Shahidan memberikan sekuntum bunga ros (tisu) kepadanya. “Can you make us travel through time? Berhentikan masa?” tanya Sarah. “Can you make us dissappear?” sambung Sarah. “Yes. I can. I can do that.” “Haha. Tipu la.” gelak Sarah.

